Friday, January 21, 2005

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Assalamualaikum,

Just nak wish selamat hari raya aidiladha kat semue. And gonna cut and paste riddles ari tuh. Sebagai renungan kita bersama, insyaAllah...

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul denganmurid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya....

pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di duniaini?".
Murid-muridnya menjawab "orang tua,guru,kawan,dan sahabatnya".
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI".Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Ali Imran 185)

kedua...."Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid -muridnya menjawab "negara Cina, bulan, mataharidan bintang - bintang".
Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling jauh adalah "MASA LALU".Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itukita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

ketiga...."Apa yang paling besar di dunia ini?".Murid-muridnya menjawab "gunung, bumi dan matahari".Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU"Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al A' Raf 179).

keempat adalah, "Apa yang paling berat didunia ini?".
Ada yang menjawab "besi dan gajah".
Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semuatidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untukmenjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan AllahSWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. " (Al Ahzab 72).

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Ada yang menjawab "kapas, angin, debudan daun-daunan".
Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "MENINGGALKAN SOLAT".Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan solat.

Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"Murid-muridnya menjawab denganserentak, "pedang".Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA"Kerana melalui lidah, manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

No comments: