Saturday, April 10, 2010

RINTIHAN KEPADA PESAKIT-PESAKIT

DI HOSPITAL KERAJAAN


1. Kepada pesakit yang dibenarkan pulang...

Ketahuilah, kami sangat-sangat gembira apabila anda dibenarkan pulang. Maka sekiranya kami lambat menyediakan surat discharge anda, itu adalah kerana kami sibuk dengan tugas-tugas lain yang terhad masanya, contohnya mengambil darah-darah pesakit lain yang perlu dihantar sebelum habis office hour atau menghadiri CME (satu-satunya sesi formal untuk menambahkan ilmu kami yang tidak seberapa) yang berlangsung pada waktu yang ditetapkan atau berjumpa dan merawat pesakit yang perlu diberi rawatan segera. Ketahuilah, bukan anda seorang yang mahu keluar dari hospital ini secepat yang mungkin, kami juga begitu, lebih-lebih lagi kalau malam semalam kami oncall dan tiada ruang untuk melelapkan mata, maka bekerja terus menerus lebih 36jam. Bukan niat kami untuk melambatkan proses anda keluar dari hospital, tapi fahamilah anda bukan seorang sahaja yang kami perlu cater. Dan bukan anda seorang sahaja yang mahu pulang awal. Kadang-kadang solat pun hujung waktu, makan pun tak....anda marah macam kami duduk goyang kaki sengaja melambatkan anda balik.

2. Kepada pesakit yang anggap kami bertanya soalan secara suka-suka...

Mungkin ada sesetengah pesakit terutamanya yang sudah lama berada di hospital dan ramah pula, maka mungkin doctor-patient relationship dah menjadi lebih informal, dan biasanya ini tiada masalah sebab rasanya boleh tahu siapa yang kita boleh bergurau-gurau dan bercakap lebih informal. Tapi pastinya bagi pesakit baru, soalan-soalan yang kami tanya menjurus kepada untuk merawat anda, bukannya saja suka-suka. Contohnya, 'kenapa pakcik datang sini malam ni?' atau bila dah diberi jawapan dengan pandangan serong 'sebab sakitlah!', kami bertanya elbih lanjut lagi kenapa malam-malam begini kalau dah 2-3 hari lepas start sakit, tolonglah jangan menyindir 'sebab terbuka hati nak datang'. Percayalah, ada sebab kenapa kami bertanya. Contohnya seorang makcik yang datang sebab terpijak paku 2-3 hari lepas. datang pukul 2 pagi sbb katanya dari siang bergaduh dengan anak takmahu datang. akhirnya datang sebab pening kepala tak buleh tidur. Pening kepala adalah sebab datang, bukannye sebab terpijak paku. rupanya ada tekanan darah tinggi yang emergency.

3. Kepada pesakit yang mengadu doktor suka ambil darah, macam drakula.

Percayalah, kalau bukan untuk monitor anda, kami (saya-lah especially) adalah sangat malas untuk ambil darah. lagi-lagi kalau yang banyak-banyak botol maka banyaklah pula kena mengisi borangnya - lainlah kalau hospital kat malaysia ni dah macam kat uk, a lot of time saved by printing out blood forms. Lagi-lagi kalau kena bangun pukul 2 pagi ambil darah ABG (darah nadi) semata-mata, ataupun darah PTTK. Bukan sengaja. Mereka yang ada sakit jantung dan diberikan ubat yg berjalan dalam mesin tu, memang kena monitor darah anda setiap 6 jam, sebabnya ubat tu mencairkan darah anda, kita nak monitor takut-takut darah terlebih cair, maka risiko berlaku pendarahan kat mana-mana pulak, contohnya otak. Ya, ada sebab. bukan sengaja. Sanggup lagi saya tidur daripada saja mengambil darah anda pada malam-malam buta, kalau fikir logik akal pun, betul kan?


Nanti sambung lagi....