Alhamdulillah, sukacita diumumkan penubuhan sebuah laman web terbaru yang khusus untuk menangani aliran Islam Liberal. Aliran Islam Liberal ialah satu aliran atau kefahaman yang sedang menyerang Islam dan umatnya masa kini. Tokoh-tokoh mereka mendapat tempat untuk menulis dalam akhbar-akhbar harian dan ia banyak meyakinkan orang ramai. Kita tidak boleh berdiam diri sahaja. Sebelum ini alhamdulillah Majalah i terbitan Karangkraf telah mengambil inisiatif yang berani untuk membongkar kewujudan aliran ini. Ia kemudian diikuti dengan buku saya "HimpunanRisalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah" yang khusus menghimpunkan risalah serta artikel ilmiah dalam rangka menjawab tulisan-tulisan aliran Islam Liberal, khasnya tulisan Astora Jabat dan Sisters in Islam. Kini kita melangkah setapak lagi ke depan dengan penubuhan sebuah laman web khas. Penubuhan laman web ini adalah penting untuk memudahkan umat Islam membaca artikel-artikel yang menjawab aliran Islam Liberal secara percuma. Lebih dari itu ia juga dapatdirujuk oleh umat Islam di serata dunia. Alamat laman web ini ialah: http://www.bukanliberal.org Sila forwardkan maklumat ini kepada rakan-rakan dan forum yang lain agar sama-sama kita peroleh manfaatnya. wassalam.
No comments:
Post a Comment