Sunday, January 30, 2005

FINDING ME?

Assalamualaikum, good day to all

Actually taktau pon nak tulis ape. Cume rase cam nak menaip or jot down anything. Tapi, nak taip ape aa?

Skang kat rumah Kak Jua. Lagi2 menyibuk ngan Kak Jua. Hehe...tengah khusyuk die duk bace buku tuh...sure xsedar aku duk menaip blog, cakap pasal die plak tuh. (Jangan marah Kak Jua). Background reading katenye...but, genetics?? No way... I wonder when will I understand how those genius people found out about all the experiment and procedure of getting the... I don't even know wut do I call it. hmmm...probably genetic printing, dna, amplification...or wutsoever...haha..ye ke? xde kene mengene pon. Toing2..tabik spring aa kat Kak Jua =)

Nak citer pasal ape aa...mule laa nak merepek nih. Hmm..rase nak taip sumthing, tapi xtau nak taip ape( god, how many times have I mentioned that??) Ade jek nih, tapi die xnak kuar. Pelik laa... Aku pon tak paham. Kadang2 memang susah nak paham diri sendiri. Ni kan nak paham orang lain jugak, ye dak? Relevant plak rasenye gune title finding me tuh...

Daripada merepek marilah buat renungan kejap.

Tsunami. There are loads of tsunami pics (can go to kak azila's blog, here)which occured recently on the 26th December 2004, a day after christmas celebration, the day those people believing that Jesus is the son of god celebrate his birthday - annually. Memang Nabi Isa dilahirkan, tapi oleh Maryam (Virign Mary), and he's only the messenger of Allah, bukannye sebagai 'anak tuhan'.

Let's check out the holy Quran. Surah 19: Maryam; verse 88-95.

88. They say: "(Allah) Most Gracious Has begotten a son!"
89. Indeed ye have put forth a thing most monstrous!
90. As if the skies are ready to burst, the earth to split asunder, and the mountains to fall down in utter ruin.
91. That they should invoke a son for (Allah) Most Gracious.
92. For it is not consonant with the majesty of (Allah) Most Gracious that He should beget a son.
93. Not one of the beings in the heavens and the earth but most come to (Allah) Most Gracious as a servant.
94. He does take an account of them (all), and hath numbered them (all).
95. And every one of them will come to him singly on the day of Judgement.


saje jek tulis dlm english, kot2 laa ade org2 yg berkenaan bace, buleh gak derg pikir. Since aku nih x terer sangat english, letak lam bm jugak. hehe.

88. Dan mereka yang kafir berkata: (Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak.
89. Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
90. Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, -
91. Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.
92. Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Dia mempunyai anak.
93. Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan dia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba.
94. Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka satu persatu.
95. Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri.

Hmm...terfikir, sbb ape tsunami tuh happened on the 26th, boleh ke kaitkan surah maryam tadi tuh... and mungkin sebagai reminder utk kite semue. Wallahualam. Seungguhnya Dia lah yang maha mengetahui segala2nya. Kadang2 tengok gamba tuh, kejap jek sedar. Mase tengok gamba tuh 'Ya Allah...Ya Allah...takutnye'.(Aku la tu...huhu) tapi, takut betulkah kite? dah amal ma'ruf nahi munkar kah kite? ke amal ma'ruf tapi tak nahi munkar pon? atau pon due2 pon x?? Nauzubillah...Ya Allah bantulah hamba mu yang hina, lemah, dan tak berdaya langsung menghadapi dugaan2mu...tapi tetap lupe padaMu selalu terlupe mengingatiMu. Padahal Dielaa yang dah memberi rezeki kat kite. Kadang2 bile nak exam, hilang kejap bende berat kat kepala, mungkin Die nak beri peluang belaja, biar masuk kepale, itu laa jugak salah satu rezeki selain drp mende2 yang nampak eg makan minum, parents, kawan2, pass exam, dapat masuk uni kat uk wlaupon asalnye xdapat offer langsung; dan xnampak spt kesihatan, ketenangan, kehappyan, mase, tenage...tapi selalu ke kite ingat nak bersyukur??Mehlaa kite muhasabah balik diri kite.

Hhuhu...banyak plak cakap. Like I am GOOD enuff to talk about this thing. well, at least that's wut i always said to myself. boleh ke cakap camtuh? Tapi sampai bile? like a sister said to me, SAPE KITE NAK TENTUKAN KITE NI LAYAK KE TAK? yang penting, kite berusehe. Sambil2 betulkan diri jugak. Sebab kalo x sampai bile?? Cube bayangkan kat sekolah, katekanla ade prefect bitau jgn pijak rumput (ade ke?), pastuh kite tgk die kat kantin potong barisan, biasenye laa most probably (or mebbe aku jek) cakap...ala...die pon potong barisan nak suh kite xlanggar peraturan plak. Pijak rumput jek... So same laa cam kite rase ade org buat salah, and we know it's a HUGE mistake(bukan setakat pijak rumput laa). mebbe kite akan rase org akan cakap " ala...cam aku nih baik jek nak tegur2 orang. aku pon pakaian x betul lagi, quran pon x hafal lagi, stadi pon x dapat distinction...tunggu laa aku elok dulu, baru buleh tegur".

Waa....lege. seronok jugak marah diri sendiri. tension tapi at least, harap sedar kejap. lepas nih marah lagi. hehe.

Wallahualam.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".

No comments: