Tuesday, October 04, 2005

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t.,

Alhamdulillah, dekat UK ni dah start puasa hari ni. Dah masuk bulan Ramadhan, again and it is my 2nd year fasting in the UK.

Just wanna wish all SELAMAT BERPUASA. Semoga Ramadhan kali ini dapat kita manfaatkan sepenuhnya, dan semoga amalan-amalan baik pada bulan ini berterusan. Semoga kita menyambut Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan sebaik2nya, bak kata Kak Eleena sambut Ramadhan sebagaimana kita sambut tetamu datang ke rumah. Sebagaimana tetamu yang datang itu membawa barakah, begitulah dengan Ramadhan al-mubarak.

Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:

1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi
2. Para malaikat selalu meminta keampunan untuk mereka hingga mereka
3. Setiap hari Allah menghias syurga Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'
4. Pada bulan ini diikatlah syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, kerana orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' "

- Riwayat Ahmad

Sabda Rasulullah s.a.w.; "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir."
- Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi

Dari Anas, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Bersahurlah. Sesungguhnya sahur itu berkat."
- Riwayat Al Bukhari & Muslim

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Apabila Ramadhan telah datang maka dibukakan pintu rahmat, dikunci Neraka Jahanam dan dibelenggu semua syaitan."
- Sahih Muslim

Dari Sahl b. Saad, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Orang yang segera berbuka puasanya sentiasa dalam kebaikan."
- Riwayat Bukhari & Muslim

Nabi s.a.w. bersabda maksudnya; "Makan sahur itu berkat, kerana itu jangan kamu tinggalkan walau seteguk air kerana Allah merahmati orang-orang yang sahur dan malaikat mendoakan orang yang sahur."
- Riwayat Ahmad

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA

No comments: