Satu Europe dah travel. Walaupun takdela semua tempat pun. (And sorry yer, takde mood nak update pasal trip tu lagi, wait til dah ade internet connection kat rumah.) So afterwards maybe boleh lawat Istanbul and Spain plak, or boleh buat umrah dulu lagi bagus. Another cut and paste session about Constantinople which is now known as Istanbul.
HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah saw ketika menggali Parit Khandaq;
"..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
[Hadis riwayat Imam Ahmad]
Kerana itu, umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople tetapi kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah. Hadis ini direalisasikan hampir 700 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah bersama-sama 150,000 tenteranya.
ISTANBUL
Istanbul adalah merupakan salah sebuah bandar terbesar di Turki sekarang ini.- Penduduknya menjangkau lebih dari 10.5 juta orang.
Istanbul juga dianggap sebagai salah sebuah bandar persisiran pantai yang terbesar di samping kedudukannya yang paling strategik kerana ia menjadi penghubung di antara benua Asia dan Eropah.
Suatu ketika dahulu Istanbul adalah merupakan sebuah bandar kecil yang dinamakan Bizantium kemudian ia diperintah oleh Maharaja Rom yang bernama Constantin I kerana terpikat kepada lokasi geografinya yang sangat baik seterusnya bandar Istanbul diisytiharkan sebagai ibu negara Empayar Rom pada tahun 330 Masihi. Setelah itu ia dikenali dengan nama Constantinople nisbah kepada Maharaja tersebut. Maharaja Constantin membina benteng yang sangat besar di sekitar bandar ini sebagai kubu dan bandar Constantinople mampu bertahan selama 1123 tahun menjadi ibu negara Empayar Rom.
Percubaan untuk membuka Istanbul
Pada awal zaman pemerintahan Islam terdapat beberapa percubaan untuk membuka bandar ini. Umat Islam sangat prihatin terhadap bandar ini kerana mereka ingin menyahut seruan Nabi s.a.w di mana baginda bersabda: "Bandar Constantine pasti akan dapat dibuka dan sebaik-baik panglima tentera adalah panglima yang berjaya mengarahkan tentera untuk membuka bandar tersebut manakala sebaik-baik tentera pula adalah tentera yang berjaya membuka bandar tersebut."
Percubaan pertama untuk mengepung bandar Constantinople telah berlaku pada tahun (34 Hijrah / 654 Masihi) iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Ar-Rasyid Othman bin Affan, di mana beliau telah menghantar Muawiyah bin Abi Sufian r.a untuk mengetuai pasukan tentera dengan jumlah yang begitu ramai untuk mengepung bandar Constantinople kemudian membukanya. Walau bagaimanapun percubaan tersebut gagal dilaksanakan kerana terdapat benteng penghalang di sekeliling bandar Constantinople.
Rentetan dari itu terdapat beberapa lagi percubaan di mana dua percubaan yang terpenting ialah: Percubaan pertama yang berlaku pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian r.a di mana di dalam percubaan ini Abu Ayyub Al-Ansari meninggal dunia kemudian dia dikebumikan di benteng bandar Constantinople. Manakala percubaan kedua di mana ia adalah merupakan percubaan yang sangat penting. Ia berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik. Beliau telah menghantar pasukan tentera yang terdiri dari 120 ribu orang tentera dan hampir 100 unit tentera laut menuju ke arah bandar Constantinople untuk mengepungnya. Bilangan tentera yang sebegitu ramai juga mengalami pelbagai masalah dan kesulitan kerana cuaca terlalu sejuk. Keadaan tersebut menjadikan usaha untuk membuka bandar Constantinople bertambah sulit. Kemudian Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik meninggal dunia seterusnya beliau diganti oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz rahimahullah untuk memegang teraju pemerintahan. Setelah itu beliau meminta supaya tentera pulang kerana bimbang mereka akan binasa begitu sahaja.
Bandar Constantinople masih tidak dapat dibuka sehinggalah tertegak kerajaan Othmaniah. Kemudian pemerintah kerajaan Othmaniah pula membuat percubaan untuk membukanya. Percubaan tersebut telah beberapa kali dilakukan oleh Sultan-sultan kerajaan Othmaniah di mana percubaan pertama telah dilakukan pada zaman pemerintahan Sultan Beyazid I, tetapi percubaan tersebut juga tidak berjaya kerana mereka terpaksa menghadapi serangan tentera Salib menyerang negara Othmaniah dengan menggunakan peluang tersebut. Di samping itu mereka juga terpaksa menghadapi suasana yang sangat mencemaskan daripada Monggol yang datang untuk menyerang negara Othmaniah dari arah timur.
Pembukaan kawasan Islam
Pada zaman pemerintahan Sultan Al-Azim Muhammad II bin Murad II, kerajaan Othmaniah membuat percubaan sekali lagi untuk membuka bandar Constantinople dengan menghantar pasukan tentera yang terdiri dari 265 ribu orang tentera dengan membawa sebuah meriam besar. Pasukan tentera tersebut yang diketuai oleh Sultan Muhammad II kemudian diikuti oleh barisan orang-orang yang alim, ulama dan pembesar negara, semuanya menuju ke arah bandar Constantinople di bawah hujan api dan panah. Dengan keberkatan yang diberikan oleh Allah, tentera Islam berjaya memecahkan tembok bandar Constantinople, kemudian pasukan mereka terus menyerbu ke tembok tersebut seperti aliran air bah. Setelah itu Sultan Muhammad II memasuki bandar Constantinople untuk membukanya pada hari Selasa 20 Jamadilawal tahun 857 Hijrah / 29 Mei 1453 Masihi.
Semenjak tarikh tersebut Sultan Muhammad mula digelar dengan Sultan Muhammad Al-Fatih menyebabkan gelaran tersebut menjadi sangat terkenal sehingga mengalahkan nama asalnya. Semasa dia memasuki bandar tersebut beliau turun dari kudanya kemudian melakukan sujud syukur kepada Allah s.w.t seterusnya beliau pergi ke gereja Aya Sofia lalu memerintahkan supaya gereja tersebut ditukar menjadi masjid.- Sejak dari tarikh tersebut bandar Constantinople mula menjadi ibu negara dan pusat pemerintahan kerajaan Othmaniah. Kemudian Sultan Muhammad menamakan bandar tersebut dengan nama (Islam Bol) yang bermaksud: Negara Islam. Setelah itu diubah pula menjadi Istanbul.
Sultan Muhammad memperlihatkan sikap toleransi yang sangat tinggi terhadap penduduk bandar tersebut di mana dia memberikan kebebasan kepada orang-orang Kristian dan meminta orang-orang Yunan yang lari meninggalkan bandar ketika kepungan dibuat supaya pulang semula ke sana.- Prihatin yang diberikan terhadap Istanbul yang telah menjadi sebuah bandar baru dan berkembang menjadi sebuah pusat tamadun dan aliran pemikiran pertama di dalam dunia Islam terus diberikan. Perkembangan tersebut dicapai kerana Sultan-sultan kerajaan Othmaniah sentiasa berlumba-lumba untuk memakmurkannya serta berusaha membawa masuk pekerja yang mahir dan pakar kesenian ke sana yang diambil dari seluruh pelusuk negara.
Kejatuhan kerajaan Othmaniah dan rampasan Istanbul
Selepas kejatuhan kerajaan Othmaniah di dalam peperangan dunia pertama, pasukan bersekutu berjaya merampas Istanbul di dalam jangka masa di antara tahun (1337 Hijrah / 1913 Masihi) sehingga tahun (1341 Hijrah / 1922 Masihi), kemudian Ataturk memindahkan bandar dari Istanbul ke Ankara setelah Istanbul menjadi ibu negara pemerintahan kerajaan Othmaniah selama lima kurun.
[copied from lambaianandalus.blogspot.com]
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” & “sebaik-baik tentera” di dalam Hadis tersebut?
SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis. Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 700 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih & Muhammad The Conqueror kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda naik takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah yang berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang Ilmu Agama, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam Ilmu Peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Di dalam bidang Ilmu Akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya dan fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi & Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang pada waktu itu baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Tidak hairanlah jika dalam usia muda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa tawadhu’ & rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama.
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenalpasti kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus.
Baginda mengadakan perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople bila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Beliau enggan, mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga & cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur & bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan). Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melakukan sujud syukur.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah
meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".
Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
(Copyright reserved to Fatkurradzi Jamil)

No comments:
Post a Comment