Friday, April 15, 2005

TO JPA STUDENTS

-----1ST EMAIL-----
From: A JPA student
To: jpalondon@btconnect.com; asmawati@jpa.gov.my
Subject: RE: Maklumat mengenai kos sara hidup pelajar2 postgaraduate <--- tak relevan sket, probably rentetan from emel sebelumnya)

Setelah lebih 7 bulan berada di UK ini dan tinggal lagi hanya 2 bulan sahaja dalam kalender akademik universiti pelajar2 tajaan pihak Tuan masih lagi belum menerima Elaun buku dan elaun perkakasan yang bernilai GBP162 dan GBP46(minimum) masing-masing. nampaknya elaun tersebut tidak akan dapat mencapai tujuannya kerana tahun akademik sesi 2004/05 hampir berakhir.Bagaimanapun ingin saya ketahui, bilakah elaun tersebut dapat dinikmati? Wassalam


-----2ND EMAIL-----
From: JPA LONDON OFFICE" <jpalondon@btconnect.com>
To: the JPA student, asmawati@jpa.gov.my
Sent: Wednesday, April 13, 2005 10:56 PM
Subject: Status Pembayaran Elaun Buku Serta Alat Perkakas Sesi 2004/2005

Cik Asmawati

Perkara yg sama telah dibangkitkan oleh ramai pelajar kita. Biasanya elaun buku dan perkakas dibayar pada awal tahun pengajian dan semasa pelajarmula-mula sampai. Kini sesi pengajian tahun 2004/2005 akan tamat tidak lamalagi. Bolehkah puan dapat memberikan penjelasan sewajarnya serta membantusaya menjawab kepada pelajar2 kita di sini. Terima kasih.

SARIPUDDIN KASIM
HIGH COMMISSION OF MALAYSIA
Public Service Department (UK Office)
30-34 Queensborough Terrace
London W2 3ST
Office: 020 7792 9364
Fax: 020 7792 9792
Email: JPALONDON@btconnect.com


-----3RD EMAIL-----
From: Asmawati" <asmawati@jpa.gov.my>
To: JPA LONDON OFFICE" jpalondon@btconnect.com;the JPA student
Subject: Re: Status Pembayaran Elaun Buku Serta Alat Perkakas Sesi 2004/2005
Date: Thu, 14 Apr 2005 08:16:26 +0800

En. Saripudin,

Pembayaran elaun alat perkakas dan elaun buku dibayar bersekali dengan ESH akan datang (Mei, Jun, Julai). Sepatutnya elaun-elaun tersebut dibayar pada bulan Ogos tetapi kami telah work out dengan Unit Kewangan & BTM untuk bayar lebih awal. Oleh yang demikian, pelajar akan terima elaun-elaun tersebut pada hujung April ini.

Sekian, harap maklum.

Asmawati Borhan
Training Division
Public Service Department
Malaysia

Tel: 603-88853386
Fax: 603-88892170


-----4TH EMAIL-----
From: the JPA student
Date: Thu, 14 Apr 2005 07:37:39 +0100
Subject: FW: Re: Status Pembayaran Elaun Buku Serta Alat Perkakas Sesi 2004/2005

Assalamualaikum,

For JPA STudent only.

Just nak buat pengumuman kat sini...Elaun Buku (GBP162) dan Alat Perkakas (min GBP46) akan dibayar bersama2 dengan Elaun Sara Hidup (Mei, Jun, Julai)hujung bulan April ini. So jgn terkejut plak tetiba duit banyak...and plan ur budget wisely....

Wassalam


KESIMPULAN: Alhamdulillah...ade je rezeki Allah nak kasi bile dah kesuntukan duit nih. Harap2 buleh save simpan buat beli laptop =)

BEARING IN MIND: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" [al-Baqarah; 216]

No comments: