Tuesday, February 17, 2009

UDARA DALAM PARU-PARU?

'Pneumothorax' ialah udara yang terperangkap di sebelah paru-paru. Kebanyakan kes berlaku secara spontan (tiada sebab yang dikenalpasti) kepada lelaki belia yang sihat walafiat. kadang-kadang ia berlaku disebabkan oleh kecederaan pada bahagian dada ataupun disebabkan oleh penyakit paru-paru yang telah sedia ada, contohnya lelah (asthma). Simptom yang biasa adalah sakit dada yang tiba-tiba dan sangat spesifik di mana anda boleh tudingkan dengan jari anda di mana anda rasa sakit tersebut. Kadang-kadang sakit dada terasa bila anda menarik nafas, kadang-kadang anda boleh jadi lelah (tidak cukup nafas atau susah bernafas). Kebiasaannya, penumothorax tidak memerlukan rawatan selain daripada ubat tahan sakit seperti paracetamol (panadol). Jika perlu, doktor anda akan berbincang tentang rawatan lain.



Satu ketika dulu saya pernah tulis tentang penyakit talasemia dalam bahasa melayu. Ramai juga yang buka entry tersebut, mungkin disebabkan kurangnya website lain yang menerangkan tentang penyakit-penyakit fizikal dalam bahasa kebangsaan saya.

Sepanjang bergelar pelajar perubatan, memang saya sering ditanya tentang penyakit-penyakit oleh sahabat-sahabat dan sanak saudara, walaupun banyak kali rasanya tak mampu untuk saya terangkan dengan baik, tapi inilah hakikatnya - hidup sebagai seorang pelajar medik - soalan-soalan begini sangat common dan akan common untuk sepanjang hidup saya.

Sebentar tadi, saya telah ditegur oleh seorang sahabat yang bertanyakan tentang penyakit 'udara dalam paru-paru'. Saya copy dan tampal perbualan tadi kalau-kalau ada yang ada soalan yang sama, inilah jawapan ala-kadar saya yang hanyalah seorang pelajar perubatan.

t: assalamualaikum
iffa: wslm wbt
t: kalu x bz, nak tanye sket ttg hal2 medic
iffa: boleh nsyaAllah
x: tau tentang sakit, paru2 masuk angin?
t: ada udara dlm paru2
iffa: pneumothorax?
iffa: ye kot
iffa: tu je yg buleh fikir
iffa: ye kenapa ngan ade angin
t: camne bleh terjadi nya udara masuk dlm paru2 ye
iffa:t ke yg kene
iffa: byk sbb dia
t: x, adik ana
iffa: lelaki?
t: ye
iffa: ade asthma?
iffa: ie lelah?
t: setau ana xde
iffa: spontaneous biasanya
iffa: kalau young male
iffa: 20-30
x: aa.. dr 2 kat sini pon ckp camtu jgk
x: menyebabkan kami adik beradik x dpt bertanye lebih lanjut
iffa: http://www.patient.co.uk/showdoc/23069039/
t: camne bleh jadi spontan?
t: x paham..
iffa: rasanya dia panggil spontaneous
iffa: sbb tak jumpa sebab dia lagi
iffa: mungkin satu hari nnt jumpa dah x panggil tu la
iffa: takleh nak explain and kaitkan dengan apa
iffa: so far spontaneous ni sgt common esp in male 20-30 yr
iffa: dia dapat chest drain tak?
t: maksudnye?
t: tebuk lubang ke?
iffa: aah
iffa: nk keluarkan angin tu
iffa: oo lagi satu smoking tak
t: x
t: x merokok
t: so besanye treatment camne?
iffa: depends on symptoms
t: tebuk lubang, dan salurkan keluar..
iffa: kalau kecik je takde symptom eg shortness of breath
iffa: chest pain
iffa: biasenya bg pain killer je
iffa: seminggu lagi xray dah takde pape
iffa: tapi kalau makin teruk patutnya buat drain tu la
t: adik ana kena kali kedua
t: dah lebih 2 minggu, dr suspek ade leakage
iffa: die ade symptoms tak
iffa: ke dr tahu tu tru chest xray je
t: simpton and xray
t: dah 3 kali xray, tgh xde perubahan dalm paru2, udara mcm sama je kandungannya
t: jika kena buat opration, camne ye prosedurnye?
t: operation yang besar ke?
iffa: yg tu tak sure sgt
iffa: takpenah experience surgery ni
iffa: so taktau
iffa: chest drain dulu la patutnya
iffa: before surgery
iffa: keluarkan dulu angin tu
iffa: unless kalau mmg dr tu rasa buat surgery terus
iffa: masa surgeyr tu terus buang angin tu
t: dr ckp mmg bocor, bila tgk xray
t: cuma kena scan, nak confirmkan bocor katne
t: based on site yg iffa bg td, ada 2 kaedah buat opertion
t: yg 1, remove 'bleb', bleb tu ape?
iffa: bleb tu mcm bulla
iffa: aduh
iffa: camne nak cakap aa
iffa: die macam patutnya str8 je lung surface tu
iffa: tapi macam ade balloon out
iffa: kalau kat kulit tu mcm blister
iffa: blister = ??kulit yg ade air kat dlm
iffa: mcm kalau tangna kena air panas tu
t: oo
t: ok la, tima kasih kerana sudi explain

Mungkin tak membantu. Paling penting, tanyalah doktor anda, kerana selain Allah al-'Alim yang pastinya Maha Mengetahui, doktor yang merawat anda lah yang ahli dalam situasi tersebut.

[ada satu ayat quran yang cakap tanyalah orang yang ahli jika kamu tidak mengetahui...tapi tak ingat ayat mana]

DISCLAIMER:

1. Penerangan di atas adalah tentang 'pneumothorax' yang bermaksud 'udara di antara 2 lapisan paru-paru' yang mana 'udara dalam paru-paru' adalah sedikit misleading. Mungkin penyakit 'udara dalam paru-paru' yang dimaksudkan oleh 't' adalah penyakit lain, jadi mohon dimaklumkan jika istilah tersebut tidak sama dengan pneumothorax.

2. ID YM sahabat saya itu saya tukarkan dengan 't' untuk tidak breach confidentiality.

3. DO NOT rely solely for information on this post, especially the surgery bit. Tanyalah doktor anda.

4. Maaf, bahasa rojak. ada yang ambil masa lama sangat nak translate.

muhasabah: am i really a final yr student? and am i ready to go back to malaysia? and will i be able to give good explanation to patients, in malay? eee cuak. nak pass exam tapi cuak nak start keje. tak sabar nak start keje tapi takut tak dapat jadi doktor yang bes.

1 comment:

Unknown said...

Kalau sebab smoking boleh jd ke?