Ucapan saya:
Wishing all
Mintak halal makan dan minum. Mintak maap kalo ade salah dan silap. I mean whatever salah dan silap. Kalo ade yg rase nak bgtau whatever hutang in the past sile la mintak balik or hutang msg/email in present (eg byk msg kat frenster or emel tak terreply), sori sbb takde router lagi kat rumah, kalo tak reply terus mmg tak ingat nak reply dah. Mintak kosong-kosong yer.SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR BATIN.
Mati kite tak tahu bile, nak jumpe kat padang mahsyar sure susah sebab semue manusia pon akan berkumpul, jadi tolonglah maafkan insan yang lemah lagi hina nih. Kalo ade yang rase takleh setel, mane la tau ade kesalahan besar yg mmg susah nak lupe, pls fwd them to me personally, we'll figure out what should i do to compensate for anything i have done. I will take all the mistakes positively insyaAllah.
Bwh ni email which i think should be given a thought. Marilah kite faham ape erti raye yang sebenar.
_____________________________________________________________
A,kum
Saban tahun apabila berlalunya Ramadan, kita akan meraikan Aidilfitri. Kita raikan ia dengan takbir, rumah terbuka, Sembahyang Sunat Hari raya, Memasang lampu di halaman Rumah, ziarah menziarahi sanak saudara, bermaaf2mafan, ziarah kubur, duit raya/ang pow etc2 .
Tetapi pernahkah kita tanyakan , apakah sebenarnya yang kita raikan? Dan pernahkah kita tanya yg mana satu budaya dan adat semata2 dan yg mana satu adalah syariat serta sunnah yg merupakan ibadah terhadap Allah swt.
Kebudayaan didefinisikan oleh Kamus Dewan sebagai keseluruhan cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yg berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan . Adat pula didefinisikan sebagai peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulu kala) di dlm sesuatu masyarakat.
Manakala apa pula definisi Ibadah? Secara ringkasnya Ibadah itu adalah apa jua perkara yg dilakukan dgn penuh ketaatan demi mencapai keredhaan Allah SWT . Ada dua rukun yg mesti dipenuhi utk memastikan perkara yg kita lakukan dapat dikategorikan sebagai ibadah
1. Niat yang ikhlas (penuh, taat, patuh dan tunduk kerana Allah swt)
2. Mengikut syarat dan rukun yang tertentu yg telah ditetapkan oleh nas(jika ada) dan yg telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW.
Jadi kalau kita lihat ketiga2 definisi diatas, kita dapat rumuskan perbezaan yang ketara diantara budaya dan ibadah. Budaya dan adat adalah sesuatu perkara yg didasarkan dan dibataskan oleh masyarakat sesuatu tempat tanpa mengira sama ada ianya selari atau tidak dgn kehendak agama Islam itu sendiri. Manakala Ibadah pula terbatas dan tertakluk sepenuhnya dgn kehendak Allah SWT dan Sunnah RasulNya.
Sebagai satu contoh budaya melayu yg bercanggah dgn syariat adalah budaya tidak menutup aurat dan bersalaman di antara ipar yang berlainan jantina. Majoriti (tidak semua) masyarakat melayu apabila seorang lelaki berkahwin dgn seorang wanita..maka isterinya itu sudah tidak perlu menutup aurat di kalangan adik beradik si lelaki ini. Ini adalah satu contoh budaya yg secara terang2 bertentangan dengan Syariat Islam. Samalah juga sebaliknya di antara keluarga wanita tersebut dgn lelaki yg baru dikahwininya. Sepatutnya si lelaki hanya dibenarkan melihat aurat kebiasaan ibu dan nenek mertuanya sahaja..manakala adik beradik perempuan si isteri dan mak2 sedara si isteri semuanya kena jaga aurat.
Kenapa penting utk kita faham sejelas2nya perkara ini? Ini adalah kerana apa yang kira raikan di Aidilfitri ini adalah harga diri kita sebagai seorang muslim. Keistimewaan dan kekhususan Aidilfitri yang Allah SWT berikan ini adalah kerana Islamnya kita dan bukan kerana melayu, jawa, bugis, cina, arab atau indianya kita.Maka disini saya ingin berkongsi secara ringkas beberapa Sunnah dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri
1. Memperelokkan pakaian di Hari Raya .
HR Bukhari (886, 2104, 2169, 3045, 5841, 5891, 6081), Muslim (2068), Abu Dawud (1076), An Nasa-i (3/181, 8/196, 198), Ahmad (2/20, 30, 49). Fathul Bari (2/439)..
2. Makan dulu sebelum Sembahyang Raya.
HR. Bukhari (953), Tirmidzi (543), Ibnu Majah (1754) dan Ahmad (3/126,164,232). Fathul Bari (2/447). HR. Tirmidzi (542), Ibnu Majah (1756), Ad Darimi (1/375) dan Ahmad (5/352) dan isnadnya hasan
3. Mandi Sunat Hari Raya sebelum Sembahyang .
HR. Malik (1/177), Asy Syafi'i (73) dan Abdurrazzaq (5754) dan sanadnya shahih.
4. Melewatkan solat Sunat hari Raya tetapi jgn terlalu lambat.
Zadul Ma'ad (1/442). Al mau'idhah Al Hasanah (43, 44)
5. Tiada sembahyang sunat sebelum dan selepas sembahyang hari raya.
(Sunan Abi Daud 1159) Tapi kalau buat kat masjid..boleh laa sembahyang sunat tahyatul masjid.
6. Lebih elok Sembahyang Sunat Hari Raya di tanah atau tempat yang lapang.
Sila rujuk tulisan Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah dalam Syahrus Sunnan Tirmidzi (2/421-424) dan Syaikh Al Albani memiliki risalah tersendiri yang berjudul Shalat Al Idain fil Mushalla Kharijal Balad Hiya Sunnah.
7. Pergi dan pulang ke tempat menunaikan Solat Sunat Hari Raya mengikut jalan yg berlainan.
HR. Bukhari (986) dan Zadul Ma'ad (1/449). Maksudnya pergi ikut jalan lain balik ikut jalan lain.
8. Bertakbir
(Irwa' 2/121). Waktu takbir ..ada khilaf di kalangan ulama..ada yg kata boleh mula pada malam hari raya dan ada yg kata di pagi hari raya. Kalau tak cukup ilmu silalah bertaklid kepada mana2 yg sesuai atau tanya ustaz. (digalakkan tambah ilmu dan fahami dalilnya)
9. Ucapan Tahniah dan selamat dengan ucapan "takoballohu minna wamingkum" (Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu) atau "eid mubarak" (Selamat hari Mubarak)
(Ibn Hajar, sanadnya Hasan. al-Fath 2/446)
10. Puasa sunat Enam.
Manakalah diantara sebahagian perkara2 yg memang tidak dituntut malahan ada yang dilarang dan bertentangan dengan Syariat Islam (walaupun sebahagaiannya merupakan budaya dan adat kita)
1. Tasyabbuh (meniru) orang-orang kafir dan orang-orang barat dalam berpakaian dan mendengarkan alat-alat musik serta perbuatan mungkar lainnya. Larangan ini berbentuk umum..maksudnya tak boleh buat gak masa hari raya.
Contohnya buat majlis sambutan hari raya dgn pergaulan yg tidak terbats di antara lelaki dan perempuan .. diiringi lagu2 yg tidak selari dgn kehendak Islam..nih termasuklah lagu2 raya yg dinyanyikan oleh golongan wanita.
Hadis dia leh rujuk (Ahmad 2/50 dan 92 dari Ibnu Umar dan isnadnya Hasan. Diriwayatkan oleh Ath-Thahawi dalam Musykil Al Atsar 1/88 dari Hassan bin Athiyah, Abu Nu'aim dalam Akhbar Ashbahan 1/129 dari Anas)
2. Masuk berdua2an dgn wanita yg bukan mahram sebelum atau selepas semabahyang sunat hari raya.
Contohnya datang sembahyang sunat hari raya jln ngan awek... (Hadith Riwayat Bukhari 5232, Muslim 2172 dari 'Uqbah bin Amir)
3. Golongan wanita pula..jgn bersolek lebih2han sampai ke tahap tabarruj (menunjuk2)
Surah Al-Ahzab: ayat 33
4. Ziarah Kubur pada hari raya pertama. Ziarah kubur nih sepanjang tahun sepatutnya.
(Lihat perincian yang lain tentang bid'ah yang dilakukan di kuburan dalam kitab "Ahkamul Janaiz" 258-267 oleh Syeikh kami Al-Albani Rahimahullah)
5. Boros dalam membelanjakan harta yang tidak ada manfaatnya dan tidak ada kebaikan padanya .
Surah Al-An'am : 141, Surah Al-Isra : 26-27
6. Sembahyang sunat hari raya tak pernah miss..tapi sembahyang lima waktu berjamaah di masjid jarang sekali..lagi2 laa bila dah habis ramadhan
7. Menghidupkkan malam hari raya dgn solat sunat tasbih (tiada nas yg tsabit)
8. Budaya ang pow
Ambillah iktibar daripada peristiwa kejatuhan Baghdad di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah. Bagaimana pada tahun berkenaan, umat Islam telah berada di kemuncak kebudayaan cuai terhadap perintah Allah SWT sehinggakan terlupa menunaikan Solat Sunat Aidilfitri sebagaimana yang diterangkan oleh al-Imam Ibn Katheer Rahimahullah di dalam kitabnya al-Bidayah wa an-Nihayah! Dengan kecuaian mereka terhadap solat, dakwah amar makruf nahi munkar dan jihad, maka di saat itulah kebinasaan ditimpakan oleh Allah walaupun pada masa itu Baghdad adalah qiblat tamadun, budaya dan ilmu pengetahuan.
Oleh itu halusilah kegembiraan kita menyambut aidilfitri dengan tuntutan2 syariat Allah swt agar pisang tidak berbuah dua kali.Sesungguhnya pada kisah mereka itu ada pengajaran bagi mereka yang mahu berfikir. Salam ukhuwwah dan Selamat Menyambut Hariraya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Wa Lillahil Hamd!
Rujukan
Bid'ah Hariraya oleh ziyad di alahkam online
Berhari Raya Bersama Salafus Shalih Oleh Syaikh Ali bin Hasan bin Abdul Hamid Al Halabi Al Atsari
Kamus Dewan versi OnlineHukum Hakam Eid oleh abdul kadir di Ibn Qayyim
Aidilfitri meraikan Nilai Islammu itu oleh Ustaz Hasrizal Abdul JamilAl ahkam online
Saidannursi
29 Ramadhan 1426
10.30 am
_______________________________________________________________
Maka,
SEMOGA ALLAH MENERIMA AMALAN KITA SEMUA
HAPPY EID MUBARAK
No comments:
Post a Comment