Saturday, February 19, 2005

ANOTHER ENTRY

Salam,

Am spending some times in front of the computer, doing nothing particular to be described as 'work'. Just browsing friendster bulletin board. It has been a long time since I logged in to friendster.

So found this - what I think as a valuable article to be shared with - posted by a friend of mine; check it out:

Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah umi akan paparkan satu wawancara yang begitu menyentuh hati umi dan juga setiap jiwa mereka yang beriman insyaAllah. "Saya marah pada orang Melayu. Mereka tidak serius bercerita mengenai Islam. Mereka sambil lewa seolah-olah mereka saja yang mahu masuk syurga," katanya dengan nada kesal bercampur marah.

Menurutnya lagi, di akhirat kelak, orang bukan Islam akan mengadu kepada Allah dengan kata-kata seperti, "Kami berkawan dengan mereka (orang Melayu) selama bertahun-tahun tetapi mereka tidak pernah mengajak kami ke arah agama mereka."

Adakah umat Melayu Islam bersedia untuk menghadapi aduan itu? Selama beberapa tahun, saya tidak nampak kecantikan Islam. Sebaliknya rasa macam hendak lari daripada Islam apabila mereka terlalu menekankan soal hukum hakam tanpa berhujah dengan terperinci mengenainya. Pada pandangan saya, ISLAM DIHIJAB OLEH ORANG ISLAM SENDIRI."

Siapakah saya di atas itu? Beliau ialah Shah Krikit bin Kakulal Govindji, seorang pendakwah sepenuh masa di IIS (Islamic Information Service Foundation) dan pengurus kedai buku Saba Islamic Media Sdn Bhd.(kalau xsilap, dia pernah datang kmys and bagi talk mase symposium nuqaba' dulu). Beliau mengakui kadang-kala air matanya berlinangan apabila mendengar paderi bercakap di dalam gereja yang lemah lembut mengajak pada agama mereka.

Itulah sebenarnya yang diajar oleh Islam. Malangnya, tidak ramai Imam di masjid yang bercakap dengan nada lemah lembut atau mengambil berat tentang kebajikan qariahnya. Orang Kristian sering mengajak penganut agama lain memasuki gereja tetapi orang Islam sering menghalau orang kafir daripada memijak kawasan masjid.

Inikah Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad saw.? Sedangkan di zaman Rasulullah saw. baginda biasa mengajak utusan orang kafir dari luar Madinah untuk bermalam di masjid Nabawi. (diedit dari majalah Milenia Muslim terbitan YADIM - Yayasan Dakwah Islam Malaysia) Februari 2005) Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq

And here is another one:

Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka. Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi.

Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya. "Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap. "Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri! " jawab doktor itu. "Jadi bagaimana doktor ...?" "Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!"

Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata....... "Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu. Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung ... Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya. Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.

Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting. Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu. Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi. Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat. Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?

Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope). Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat.

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.

Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita. Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim.

Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.
1. Meneruskan tidur, atau bangun sholat subuh?
2. Untuk lunch dahulu, atau sholat zohor dahulu?
3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dahulu?
4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?
5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?
6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?
7. Dan banyak lagi.....

Hmm...camtuh ek, memang bg kristian lagi penting selamatkan baby ke?? Interesting question to ask a groupmate, anyway. tp kene laa prepare kalo derg tanye balik pasal kite plak. Another iktibar from the latter article was not to be syirik. Probably we think the doc can decide who's going to be saved, but the truth is....it's all in god's hand. Dr cume laa ikhtiar dan penyampai ie perantaraan dalam case nih, yang menentukan hanyelaa Dia yang maha esa.

A lil more news about me:
1. I'm not homeless anymore. Probably will move to 196 Dilston Road (a.k.a. rumah Poknik skang nih). InsyaAllah esok sign contract. Tapi nak balik Mesia jugak. Rumah kat KT lagi bes *sob sob*

2. I've got a copy of my result from my personal tutor, so can send it straight away to JPA ---ehe, trying to be a good student here =P

Until now, take care. Wassalam.

"Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain" (HR Bukhari)

No comments: