Saturday, March 25, 2006

HAPPY HOLIDAYS

1. Will be leaving for Spain today with my housemates, Madihah, Kak Jua and Kak Akma, insyaAllah. Well, not exactly today coz will depart to London first, then from London to Stansted, then the flight to Seville is not only until tomorrow morning. Pray for our safe journey, and for us to always remind each other of our intention deep inside our heart for going on the trip as to get the blessings from God, not only to just go and have fun. Surely will have fun there with all this bunch of great people! InsyaAllah.

2. Since I might not get a chance to update an entry for at least another week, that's including on the 27th of March which is my mum's birthday, so wishing HAPPY BIRTHDAY to you Mama beforehand, sorry, might not be able to call home that day. Love you.

3. Am going to the college alumni at Southampton right after I reach London again (from Spain), then will be heading towards Plymouth for another 4 days. Hmm...inclusively, 2 weeks of my one month easter holiday is gone on 'jalan jalan cari makan'. No. Let's make it 'jalan jalan cari pengalaman'. Orang kate luas perjalanan banyak pengalaman, poket pon kosong. Hahaha.

So happy holidays, and hoping to wisely use my holidays!

Sunday, March 19, 2006

AKU TANPA CINTAMU

Mirwana Feat Jay Jay

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih

Farah Hasaban was the first person who introduced the song to me =) One of the new friends I met time Kelana Convoy dulu - who happens to be sister to my junior Topaz back in college.

Siapelah kita tanpa cintaNya, tanpa rahmat dan rahimNya...

[short break from the brain torturing SSC]

Monday, March 13, 2006

CONGRATULATIONS!

SPM: Maahad Tahfiz kekal 100 peratus sejak 1996
1. Sape kate orang belajar hafal Quran takboleh dapat result cemerlang?

2. Sekalung tahniah untuk mereka yang berjaya (termasuklah mung Dil)! Juga tahniah untuk adik Ija (tibe2 je...sebab taktahu dah sape lg yang amik SPM) and to all yang berjaya. Yang dah usaha dan tak berapa bes, insyaAllah, tuh semue mungkin yang terbaik... God knows the best for His servants.

3. Untuk Dil: I really wish u could come and join me here. Suh papa sponsor kalu (nauzubillah) tok dapat scholarship. Hehe. Cam kaye je.

(Tak pasal2 excited, bak kate Im, sure papa senyum sampai mate sepet. Hahaha. Sorry. Not my words. Her words. Sure mama lega dah lepas penat berdoa untuk anak die yang taknampak serius langsung tu. Sayang korang. Cepat datang UK!)

Tuesday, March 07, 2006

MINYAK NAIK

Almost two weeks retiring from the assignment work after I submitted the patient study. The plan was to catch up with my studies first. But apparently, not really effective, so get started with the other assignment, the SSC1. Seriously took a lot of time ONLY to find research papers, and this one would be the most expensive assignment so far! (I believe I am gonna have to print some more papers apart from ones that have been printed while working on the proposal) And until now, I am still working on finding the relevant articles, which stressed me up so much, so here I am, writing up a post for my blog.

Actually, I was surfing the internet, then found this edited version of lagu raya (frustrated or, probably perli harga minyak naik kat Malaysia) then only think of pasting it on this blog.

SELAMAT MINYAK NAIK
KEPADA SAUDARA SERTA SAUDARI
SETAHUN HANYA SEKALI
MERAYAKAN KENAIKAN KALI INI

MISKIN KAYA MEMAKAI MINYAK PETROL TIAP HARI
MENGUNJUNGI STESYEN MINYAK SANAK FAMILI
SUNGGUH HEBAT,KENAIKANNYA KALI INI
TUA MUDA WAJAH BERSERI-SERI

MARILAH BERGEMBIRA
SAMA-SAMA MENYAMBUT KENAIKANNYA
MINTAK MAK, DUIT SEPULUH RINGGIT
SAYA MAHU BELANJA SEKOLAH UNTUK SATU HARI

Teringat dulu beli nasi kat kantin sekolah 30sen banyak gile =) Mama kasi duit 50 sen je kot satu ari (ntah-ntah 30 sen) mase tahap satu. Agaknye budak skang dapat brp ringgit yer?

I have never learnt economics as a subject at school or college, or talk about it seriously with those with knowledge int his particular field, so just have some thoughts over these issue. It is true that gaji bertambah jugak every year(ye ke?). But kalau harga barang pon naik, then the extra money we get will do nothing to increase the quality of life, as the expenditure will definitely increase as well. So in long term, same jugak la kan, takboleh nak increase QoL pon. Nanti angka tu je bertambah. Contohnye, kate la dulu dapat gaji 300 tapi belanje beli gula 20sen je. lepas tuh gula naik harga 70 sen n dapat gaji 700. Lame lagi dapat gaji 2000 gule naik 1.50 (andaian je nih, bukan harge sebenar). So same jugak ape yang kite spend, takde extra money pon. Ye ke? (Fahamkah apa yang cube disampaikan ini?)

Pastuh yang miskin tetap miskin. Yang kaya tetap kaya. So takkan tercapai hasrat nak mendekatkan jurang miskin dan kaya. Ye ke?

Saje je sebab bosan ni. Saya budak taktahu apa2 pasal benda ni, sekadar memikirkan secara logik dari otak yang dah tepu cari research articles. Jadi jangan percaya apa yang saya cakap. Ianya hanyalah luahan pendapat semata-mata. Takde kene mengena dengan yang hidup atau yang mati. Ade orang nak betulkan dari segi economic yang betul, silekan share. Boleh jugak belajar econs =)

Sekian, kene get back to work!

Saturday, February 25, 2006

KISAH PAYUNG

Keje banyak je, tapi rase nak update sebagai tanda menghargai payung itu.

Semalam pegi school awal sebab nak hantar assignment. Kebetulan hari hujan. So first time la nak pakai payung yang baru beli tu. Kisahnye:

1. Mase nak kluar tuh, try bukak payung tu, die macam taknak bukak habes, so pangil Ija mintak tolong bukakkan payung tu.

2. Pastuh jalan punye jalan, dah masuk dental hospital tu, jumpe la Madihah. Die pun pakai payung, tapi payung die dah tutup. Try tutup payung sendiri tak reti. Daripada kat dental school try tutup sampai la dekat reception tuh, tak berjaye2 lagi. Nasib baik ade Madihah, die pon try tutup dan berjaye.

3. Alhamdulillah, akhirnye, terhantar jugak patient study tu. So pegi la lecture. Ade gap between lecture tuh ngan next lecture. By the time nak pegi the other lecture tu, baru la perasan payung tuh dah takde. Was positively sure I left it kat dalam toilet, betul2 dekat sink depan cermin tu.

4. So habes je lecture tuh pegi la toilet tuh, takde. Then pegi cek kat semue tempat I could have possibly gone during the gap. Pon takde.

Jadi kesimpulannya, payung dah hilang! Huhu, sedihnye. Sure payung tu merajuk sebab tuan die tak reti gune die. Sori payungku, I wish I'd read the instructions. Mane la awak skarang ye...

Itu je. Just my grief at the lost of my payung =(

Sunday, February 19, 2006

KARTUN PERSENDA NABI

For sure pasti ramai yang akan marah dengan wujudnya kartun ni. I first read this issue when I got back from Malaysia on the 31st Dec or 1st Jan in a newspaper in Germany. Never thought it would be republished.

Tertarik bile bace email sorang ukhti nih, yang pastekan cerita dari fitrah perkasa website - mempersoalkan betulkah kita marah kerana cintakan Rasulullah, atau kita hanya marah kerana bencikan mereka yang mempersendakan Rasulullah. InsyaAllah, moga boleh amik iktibar dari kisah ni.

MARAH KERANA CINTA... BUKAN KERANA BENCI

Oleh: Pahrol Mohamad Juoi @ www.fitrahperkasa.net

Saya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk meletakkan barang usang yang `kurang' atau tidak perlu. Selalunya botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua itu tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang pun tidak. Peliknya, apabila barang-barang `antik' itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh – nak guna, sayang, dan macam-macam alasan.

Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark.

"Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi tentang topik berkenaan.

"Marah," akui saya perlahan.

"Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!"

Saya senyum.

"Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas saya.

"Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul."

"Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama."

"Marah itulah tanda kecintaan kita…"

"Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh
lebih utama."

"Encik takut?"

Saya renung matanya.

"Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian… Tentangannya lebih hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan.

"Kita bakar bendera mereka!"

"Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih relevan."

Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar' ini mula mengunyah maksud kiasan saya.

Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti.


"Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali, tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak digunakan."

"Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?"

"Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa. Kita muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin provokasi Barat membawa pengajaran tersirat."

"Pengajaran tersirat?"

"Ya, tersirat dari Allah… agar kita menilai semula benar-benarkah kita mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini."

"Kemarahan ummah inilah buktinya," ujarnya bersemangat.

"Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat perlu."

"Maksud encik?"

Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata.

"Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami."

"Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih marah bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak esok!"

"Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian.

"Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah… tapi cinta mereka terhadap Rasul tak luntur."

"Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa. Cinta dulu, marah kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela. Tapi kalau marah saja, belum tentu ada cinta… "

Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang.

"Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang berharga di atas rumah?" tanyanya tiba-tiba.

"Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan.

"Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!"

"Soalan tu kurang umph," gurau saya.

"Habis soalan apa yang umph?"

"Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding barang usang di bawah rumah?" balas saya.

Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing' siswa ini berfikir. Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu. Beginilah pola berfikir saya. .

Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga."

"Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia nampak sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani mengusiknya, apalagi nak menghinanya…"

"Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya."

"Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu, barulah orang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan musuh yang mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak benar-benar mencintainya!"

"Dan… bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan mempamerkan `kemarahan' kepada musuh-musuh yang menghinanya."

Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci. Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya!

Monday, January 30, 2006

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1427H

MUHARRAM

MUHARRAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

More about bulan Muharram: click here.


DOA

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Image hosting by Photobucket

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Image hosting by Photobucket

Tuesday, January 24, 2006

HMMM

Pernah tak kalau orang kata "jangan", lagi kita nak buat apa yang 'jangan' buat tuh. So here are some more of Danish pictures. (Kak Nurul jangan marah yer, saje nak mencapapkan si Danish yang hensem bangat ini, ouh and Madihah, ape salahnye kite share kecomelan Danish ni ngan orang lain...lagi ramai cakap Danish comel, sure die lagi comel ;>)



Cute kan? Betape sejuknye hati kalau tengah bad mood ke, tengok muka kanak2 yang suci bersih dari dosa ni. Comelnye!! Taknak kasi Danish besar boleh tak?? More of his pictures in my fotopages.

So anyway. Tadi tengah dinner ngan housemates sambil tengok tv, ade la documentary kat channel 4 nih, tajuk die Muslims Gay. Astaghfirullahal'azim. Boleh pulak ade documentary pasal tuh. Some points to ponder:

1. Tak paham la kenape nak jadi gay (no offence, but sape2 yang gay, bagus jugak kalo terase if u happen to read this).

2. Kalo ye dah terpesong pon, tak payah la nak heboh2 kat orang - this thing might influence loads of young people out there, and more importantly, lagi kasi pandangan buruk pasal Islam. Betul cakap Pak Imam tuh, tak payah la nak proud ngan bende alah tuh, janganla sesat lagi menyesatkan. Dalam al-Fatihah yang kite duk bace tiap2 hari, ade 3 golongan manusia: an'amta 'alaihim, maghdhubi 'alaihim, & ad-dholin. Mudah2an kite dalam golongan yang 1st.

3. Kisah Nabi Lut dan kaumnya yang mana homoseksual or gay or lesbian dah jadi kebiasaan yang sampai orang dah tak aggap bende tu weird dah. Or in other words, homoseks nih time tuh macam orang makan nasi la kat Malaysia. Bende yang biase sangat2....ape nak heran kate orang. Banyak ayat yang sebut pasal kisah Nabi Lut. Antaranya, kisah dua malaikat yang Allah utuskan sebagai lelaki tampan yang jadi guests of Nabi Lut - Surah al-Hijr:



[67] Dan (semasa kedatangan mereka) datanglah penduduk bandar itu dengan gembira.
[68] Nabi Lut berkata: Sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu kepadaku.
[69] Dan takutlah kamu kepada Allah serta janganlah kamu menghinakan daku.
[70] Mereka menjawab: Bukankah kami telah melarangmu jangan menerima sebarang tetamu dari orang ramai (atau memberi perlindungan kepada mereka)?
[71] Nabi Lut berkata: Di sini ada anak-anak perempuanku, kalaulah kamu mahu melakukan (secara halal).
[72] Demi umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka.
[73] Akhirnya merekapun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit.
[74] Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.

Akhirnya, Allah turunkan azab atas kaum Nabi Lut yang degil tu termasuklah isteri Nabi Lut sendiri, in which we might call the azab as mega tsunami, hingga seluruh Kota Sodom tu diterbalikkan...kalo tak silap sekarang ni tempat tu kita kenal sebagai Laut Mati. Air yang masin berkali ganda sampai kite buleh float atas laut tu.

Teringat tsunami kat Asia last year. Itu kire baru kecik agaknye, pon dah berape ramai yang mati. Dah berape ramai anak2 kecik yang jadi yatim piatu. Mungkin jugak sebagai ingatan untuk kite semue. Kalau tengok zaman sekarang nih pon gay macam dah biasa. Hak untuk jadi gay dah jadi hak asasi. Tengok kat sini, mase belajar dalam lecture hari tuh, cube teka ape yang kitorg belajar?

Gay is allowed after 16! ie it's legal now. Kalo tengok cerita2 kat tv pon, berlambak2 pasal gay. In fact, dah wujud legal marriage between gays pon. Kalo orang Islam yang dah jelas sendiri dengan kisah2 dulu lagi, pon dah sanggup nak mengaku die gay and be proud of what they are...astaghfirullahal'azim. Taktau la ape nak kate.

Bimbang kalau2 bile orang cakap 'eh, orang tuh gay laa, takkan minat ko punye'. And people who heard that tak rase ape, in fact can say 'oh, gay rupenye' instead of 'ape? gay? kenape nak kene jadi gay? gile ke?...blablabla'. Bimbang kalo2 documentary macam tuh tunjuk pasal orang Melayu pulak gay kat Malaysia. Sebab rasenye senang sungguh budak2 nak influenced by that. Cukup sorang je yang proud to be gay, and declare that in public, and request for hak asasi manusia and be as secularism as s/he could. Cukup sorang je, and it might be acceptable - na'uzubillah, but this should really freak us out. Tengok sajela kisah Jeslina dulu, hak asasi macam lagi penting kan. Ramai pulak orang Islam yang sokong, tuh yang tak caye tu.

4. Like Dila cakap, sure parents devastated giler bile tahu anak die gay. Dalam citer deserate housewives tuh, tau ape Bree cakap bile die tahu anak laki die gay? "You will be going to hell if you don't change it right now". Bile tahu anak gay, sure harapan nak dapat cucu, nak dapat menantu, semue berkecai. yeah right, buleh je sbenarnye dengan teknologi skarang. Itulah susahnye bile logik mengatasi agama. Kalo nak ikut logik saje, memang tak cukup.

Isk, ingat nak tulis sket je. Meleret plak. Rase cam banyak mende nak komen, tapi dah ngantuk and since my life is so back to normal now - with lectures and seminars - I better get to bed now. Sape2 yang nak tambah mengomen, sile2kanla.

p/s: Danish, besar2 jangan jadi gay tau! OR should I not use JANGAN <=== sebab bile yang jangan tu lagi orang nak buat, ye dak? Danish will so be a good muslim I'm sure. Ameen.

Saturday, January 07, 2006

QUICK UPDATE

1. My exam timetable

12 Jan, 9.00 a.m. : OSCPE
16 Jan, 2.00 p.m. : Data Interpretation
17 Jan, 2.00 p.m. : Extended Matching Item

Reminder to me: Find out where Merz court is.

Wish me luck!

2. Got back from Malaysia and reached Newcastle on the 1st of January. Abang's wedding went as planned. Tahniah dan selamat pengantin baru untuk Abang dan Raihan. Semoga bahagia sampai ke syurga and....
I wonder how soon can the same picture as above be photographed, with a similar cute lad, BUT the only difference will be that the lad is completely yours. Hehe...

Really worth the money going back, although the fare was incredibly expensive.

3. Exam is coming and I believe I shouldn't be spending too much time to update this blog... so before sambung stadi balik, nak wish semue yang akan ade exam... GOOD LUCK, may God help us out. And semoge sem baru dah start nanti, kite semue jadi lagi organised with our time (harapan untuk diri sendiri sbenarnye), more tasks and more responsiblities to live with.

p/s: And as I expected, Danish makin tembam dan comel dan hensem dan comel sangat sangat =)

Sunday, December 11, 2005

UNTITLED 2

Lame dah nak letak gambar ni. Tengokla Danish si comey. Hari tuh before balik summer, die sangat kecik dan kecik dan kecik. Bile datang balik, lain benor, dah besar n tembam dah. Comel!


Nanti nak balik Malaysia lagi, bile datang balik, sure die makin besar dan cute!!

Conclusion: Sebenarnye nak bagitau dah dekat nak balik. Hehe :P

Monday, November 28, 2005

COUNTDOWN

Tibe-tibe rase tak sabar nak balik rumah. Walaupon rase tak sukenye bile fikir kene naik flight sorang2, airline yang tak pernah naik (brp byk airlines je pon pernah naik ;P), and the 13 hours flight journey (now more than that sebab gonna stop kat Germany dulu...arggghhh!). But anyway, the surge of going back is haunting me now. =)


p/s: Sape yang nak sangat aku balik, but never wanted to admit it, angkat kaki!! Hehe, I know u'll be reading this.

By the way, Newcastle dah snow lagi =)

Oh. And HAPPY BIRTHDAY to KAK FARAH SALEENA TAIP (hehe, mencapap tak Kak Farah??). May God bless you. Always. Love you.

Sunday, November 27, 2005

CARE TO DIAGNOSE?

Try these symptoms:

1. You wake up every morning feeling like doing nothing.
2. You feel tired all the time, which is particularly weird when you have actually been sleeping and resting a lot more than you used to.
3. You fall asleep very easily, yet you do not have good sleep.
4. You always try to urge yourself to do lots of things which are accumulating as time past by, keep haunting you with voices saying ‘settle me’ but others say ‘no, me first’ and they keep arguing in your mind – well, you keep trying to urge yourself to settle all those but you ultimately end up with nothing at the end of day. (Sounds more like inability to perform multitasking works)
5. You sometimes feel very tired of having to do things even those simple regular daily tasks that you have actually already been doing them for a long time throughout your life (so far).
6. You feel like you have done a lot of mistakes, and neither can you take them back nor correct them all.
7. You think that you are so useless.
8. You think that you are being a burden to other people.
9. You feel like you are not being yourself anymore.
10. You feel like you want to cry or maybe you do not want to bother and think about anything anymore. Anything at all.
11. You get angry about things you should not be or you never be angry about ie you get upset very easily.
12. You think you lose control over something yet you do not know what it is, but the biggest thing is you think that you are losing control of yourself.
13. Some people keep complaining to you how stressed they are but you keep thinking ‘I know we are all stressed out but hey, I think I am more stressed than everyone else’.
14. You keep forgetting things simply because you have so much things in your mind and sometimes you think you have ‘dory’ syndrome (ie short term memory lost; for medics there is NO such syndrome, I just made it up, please DO NOT make that an option in your exam – anyway, camtuh ke eja dory dalam finding nemo?).
15. You do your work halfway, either you forget to finish them (impossible huh?) or you have no idea what you were actually doing.
16. You sometimes have absolutely no feelings over some things – just live your present life. Again, like dory…just keep swimming. Just keep swimming. Just keep swimming swimming swimming…she’s so funny isn’t she?
17. You hate yourself for being so unorganized, also for wasting so much of our precious time over unnecessary things but you still do so.


Question: How many the word ‘things’ can you find in the above symptoms? Hahaha. Just thought I used to type that word a lot!

We are now on TATT (tired all the time) syndrome case, linked with depression and the lecturer said most of the people with depression actually come to GP to complain about it (more than 90% if I’m not mistaken). Can you believe it? Seeing a doctor only to share your depressive moments with the doctor might be a very peculiar thing to see in Malaysia. Reminding me of the phrase Mr J (my first English teacher in KMYS) – “Suffering in silence”.

Well anyway. It looks more like depression to me (came across this a lot in that one lecture we had, which presented short star wars scenes etc), but if you go back to symptom no 15, would you say that this is an early sign of dementia? Or maybe it’s just due to hormonal change? Or maybe it is a punishment for you because you are behaving so badly?

Conclusion: Best jugak kalo buat SSC pasal ni. Heh. Very irrelevance conclusion, don’t you think?

Now, care for a story? I have always said that God knows the best for us. Well, here is another story to put it up.

KISAH ROUTER KAMI.

Kami beli router kat ebay and it turned out we received a faulty one so return la balik kat derang, tp dah more than a week and we had nott get any news yet.

Dila: Kesian la korang nak guna internet. Jomla kite beli je router kat kedai tuh.
Iffa: Tak kisah, kalo dapat refund, it was my money anyway. Kalo die ganti baru, jual je la kat ebay balik.

Call Ija ngan Diah, derang pon tak kesah. So we headed to a computer shop next to Iceland.

Iffa: Do you have the wireless router for telewest broadband?
Seller: It’s 62 pounds (or 64 or wutever it was – very obvious dory syndrome)
Iffa: (buat muka kat Dila) That’s expensive. Don’t you have a cheaper one, I mean the 40 plus one?

(al-kisahnye ari tuh dah datang kedai ni sebab beli cable – konon nak gune cable router. Mase refund balik cable tuh, memang ingat nak beli wireless router kat situ tapi taktau spec plak. Once dah dapat tau pegi beli kat ebay sebab lagi murah. Beriye cakap nak datang balik kedai tu).

Seller: No. Not in stock.
Iffa: When are you going to get new stock?
Seller: Don’t know. (Pegi tanye kawan die) Next week.

Bincang ngan Dila….mahallah, tunggu je la lg seminggu harap2 ade.

Iffa: Hmm…never mind. Thank you.

Petang esoknye cek email. Alhamdulillah, dah dapat reply from that ebayer. Apparently they are giving us a replacement. Which when you put them together, you can say why the cheaper router we targeted before wasn’t in stock. Simply because we are getting a replacement! So no need to worry about re-selling it. Subhanallah. And lesson to learn is to keep your promise. Kan dah dapat balasan. Finally, memang pegi jugak kedai tuh, and believe me, if the item was not faulty I might not be going into the shop again. Again, how God has arranged the best! At least the seller will think I kept my promise (which honestly I wasn’t) so avoiding him being prejudice to Malaysian muslims (he’s a muslim too). My mistake. I blame myself for that.

Tuesday, November 15, 2005

PERHIMPUNAN UKHUWWAH INSANIAH SELURUH IRELAND/UK (PUISI 2005)



Waterford, Dublin, Ireland
20-23 Disember 2005
30 Euro (including food,accomodation)
Sejarah Islam Memugar Jatidiri Generasi Rabbani


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ppimi.org/puisi05

dan untuk mendaftar sila hantar nama,universiti,emel dan no fon ke AJK pendaftaran UK di alin_kiut@yahoo.com ... ataupun 07944 058547

-AJK PENDAFTARAN UK PUISI 2005-

Thursday, November 10, 2005

WINTER RETREAT 2005


~3 Dekad Bersama Ummat Membina Duat~

Assalamualaikum,
Dear brothers and sisters,

Second Announcement on Winter Gathering '05 brought to you by Majlis Syura Muslimun (MSM) Uk-Ireland.

Updated details as follows:

Theme ‘In the footsteps of the Quranic generation'
Date 27th to 31th of December 2005
Venue Al-Furqan Mosque, 19 Carrington Street, Glasgow G3 6UB, Scotland
Activities Inspiring talks
Skiing : Glenshee or aviemor
Group activities: treasure hunt, workshop

Winter Gathering Fees:
Early payment and registration (before 1.12.05) : £12
Late payment and registration: £15

SKI Trip:
Early payment and registration (before 1.12.05) : £30
Late payment and registration : £35

Deadline payment and registration : 10th of December 2005*
Limited spaces are available. Register early to avoid disappointment.

All payment can be done using :
1. Cheque, payable to : Mr Z Baharudin. ( postal address someone)
2. Online bankingHSBCMr Z Baharudin40-01-00501444363. Cash to localities rep ( rep will have to inform/pay to us)

How to register?Website : http://www.winter-retreat.com/ .
Registration : registration@winter-retreat.com.Enquiries : enquiries@winter-retreat.comContact : Nur Aisyah Zainordin (07916331367, i_sya_z@yahoo.com)

Please fill in the form attach and send it to us!

We look forward to seeing you!

Wassalam.

Yours faithfully,
Organizing CommitteeWinter Gathering Committe '05

'Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah;maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu, dan mereka sedikitpun tidak merubah janjinya' (Al-ahzab: 23)

Wednesday, November 02, 2005

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Tup tap tup tap...dah nak habis sebulan kita berpuasa. Kejap je rasenye sebulan berlalu. Lagi sebulan setengah dah nak balik Malaysia lagi (hehe). Kali ni tak terhantar gambar kat utusan, jadi amik kesempatan dah ade blog nih, nak buat ucapan kat sini.

Ucapan saya:

Wishing all

SELAMAT HARI RAYA

AIDILFITRI.

MAAF ZAHIR BATIN.

Mintak halal makan dan minum. Mintak maap kalo ade salah dan silap. I mean whatever salah dan silap. Kalo ade yg rase nak bgtau whatever hutang in the past sile la mintak balik or hutang msg/email in present (eg byk msg kat frenster or emel tak terreply), sori sbb takde router lagi kat rumah, kalo tak reply terus mmg tak ingat nak reply dah. Mintak kosong-kosong yer.

Mati kite tak tahu bile, nak jumpe kat padang mahsyar sure susah sebab semue manusia pon akan berkumpul, jadi tolonglah maafkan insan yang lemah lagi hina nih. Kalo ade yang rase takleh setel, mane la tau ade kesalahan besar yg mmg susah nak lupe, pls fwd them to me personally, we'll figure out what should i do to compensate for anything i have done. I will take all the mistakes positively insyaAllah.

Bwh ni email which i think should be given a thought. Marilah kite faham ape erti raye yang sebenar.
_____________________________________________________________
A,kum

Saban tahun apabila berlalunya Ramadan, kita akan meraikan Aidilfitri. Kita raikan ia dengan takbir, rumah terbuka, Sembahyang Sunat Hari raya, Memasang lampu di halaman Rumah, ziarah menziarahi sanak saudara, bermaaf2mafan, ziarah kubur, duit raya/ang pow etc2 .

Tetapi pernahkah kita tanyakan , apakah sebenarnya yang kita raikan? Dan pernahkah kita tanya yg mana satu budaya dan adat semata2 dan yg mana satu adalah syariat serta sunnah yg merupakan ibadah terhadap Allah swt.

Kebudayaan didefinisikan oleh Kamus Dewan sebagai keseluruhan cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yg berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan . Adat pula didefinisikan sebagai peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulu kala) di dlm sesuatu masyarakat.

Manakala apa pula definisi Ibadah? Secara ringkasnya Ibadah itu adalah apa jua perkara yg dilakukan dgn penuh ketaatan demi mencapai keredhaan Allah SWT . Ada dua rukun yg mesti dipenuhi utk memastikan perkara yg kita lakukan dapat dikategorikan sebagai ibadah
1. Niat yang ikhlas (penuh, taat, patuh dan tunduk kerana Allah swt)
2. Mengikut syarat dan rukun yang tertentu yg telah ditetapkan oleh nas(jika ada) dan yg telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW.

Jadi kalau kita lihat ketiga2 definisi diatas, kita dapat rumuskan perbezaan yang ketara diantara budaya dan ibadah. Budaya dan adat adalah sesuatu perkara yg didasarkan dan dibataskan oleh masyarakat sesuatu tempat tanpa mengira sama ada ianya selari atau tidak dgn kehendak agama Islam itu sendiri. Manakala Ibadah pula terbatas dan tertakluk sepenuhnya dgn kehendak Allah SWT dan Sunnah RasulNya.

Sebagai satu contoh budaya melayu yg bercanggah dgn syariat adalah budaya tidak menutup aurat dan bersalaman di antara ipar yang berlainan jantina. Majoriti (tidak semua) masyarakat melayu apabila seorang lelaki berkahwin dgn seorang wanita..maka isterinya itu sudah tidak perlu menutup aurat di kalangan adik beradik si lelaki ini. Ini adalah satu contoh budaya yg secara terang2 bertentangan dengan Syariat Islam. Samalah juga sebaliknya di antara keluarga wanita tersebut dgn lelaki yg baru dikahwininya. Sepatutnya si lelaki hanya dibenarkan melihat aurat kebiasaan ibu dan nenek mertuanya sahaja..manakala adik beradik perempuan si isteri dan mak2 sedara si isteri semuanya kena jaga aurat.

Kenapa penting utk kita faham sejelas2nya perkara ini? Ini adalah kerana apa yang kira raikan di Aidilfitri ini adalah harga diri kita sebagai seorang muslim. Keistimewaan dan kekhususan Aidilfitri yang Allah SWT berikan ini adalah kerana Islamnya kita dan bukan kerana melayu, jawa, bugis, cina, arab atau indianya kita.Maka disini saya ingin berkongsi secara ringkas beberapa Sunnah dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri

1. Memperelokkan pakaian di Hari Raya .
HR Bukhari (886, 2104, 2169, 3045, 5841, 5891, 6081), Muslim (2068), Abu Dawud (1076), An Nasa-i (3/181, 8/196, 198), Ahmad (2/20, 30, 49). Fathul Bari (2/439)..
2. Makan dulu sebelum Sembahyang Raya.
HR. Bukhari (953), Tirmidzi (543), Ibnu Majah (1754) dan Ahmad (3/126,164,232). Fathul Bari (2/447). HR. Tirmidzi (542), Ibnu Majah (1756), Ad Darimi (1/375) dan Ahmad (5/352) dan isnadnya hasan
3. Mandi Sunat Hari Raya sebelum Sembahyang .
HR. Malik (1/177), Asy Syafi'i (73) dan Abdurrazzaq (5754) dan sanadnya shahih.
4. Melewatkan solat Sunat hari Raya tetapi jgn terlalu lambat.
Zadul Ma'ad (1/442). Al mau'idhah Al Hasanah (43, 44)
5. Tiada sembahyang sunat sebelum dan selepas sembahyang hari raya.
(Sunan Abi Daud 1159) Tapi kalau buat kat masjid..boleh laa sembahyang sunat tahyatul masjid.
6. Lebih elok Sembahyang Sunat Hari Raya di tanah atau tempat yang lapang.
Sila rujuk tulisan Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah dalam Syahrus Sunnan Tirmidzi (2/421-424) dan Syaikh Al Albani memiliki risalah tersendiri yang berjudul Shalat Al Idain fil Mushalla Kharijal Balad Hiya Sunnah.
7. Pergi dan pulang ke tempat menunaikan Solat Sunat Hari Raya mengikut jalan yg berlainan.
HR. Bukhari (986) dan Zadul Ma'ad (1/449). Maksudnya pergi ikut jalan lain balik ikut jalan lain.
8. Bertakbir
(Irwa' 2/121). Waktu takbir ..ada khilaf di kalangan ulama..ada yg kata boleh mula pada malam hari raya dan ada yg kata di pagi hari raya. Kalau tak cukup ilmu silalah bertaklid kepada mana2 yg sesuai atau tanya ustaz. (digalakkan tambah ilmu dan fahami dalilnya)
9. Ucapan Tahniah dan selamat dengan ucapan "takoballohu minna wamingkum" (Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu) atau "eid mubarak" (Selamat hari Mubarak)
(Ibn Hajar, sanadnya Hasan. al-Fath 2/446)
10. Puasa sunat Enam.

Manakalah diantara sebahagian perkara2 yg memang tidak dituntut malahan ada yang dilarang dan bertentangan dengan Syariat Islam (walaupun sebahagaiannya merupakan budaya dan adat kita)

1. Tasyabbuh (meniru) orang-orang kafir dan orang-orang barat dalam berpakaian dan mendengarkan alat-alat musik serta perbuatan mungkar lainnya. Larangan ini berbentuk umum..maksudnya tak boleh buat gak masa hari raya.
Contohnya buat majlis sambutan hari raya dgn pergaulan yg tidak terbats di antara lelaki dan perempuan .. diiringi lagu2 yg tidak selari dgn kehendak Islam..nih termasuklah lagu2 raya yg dinyanyikan oleh golongan wanita.
Hadis dia leh rujuk (Ahmad 2/50 dan 92 dari Ibnu Umar dan isnadnya Hasan. Diriwayatkan oleh Ath-Thahawi dalam Musykil Al Atsar 1/88 dari Hassan bin Athiyah, Abu Nu'aim dalam Akhbar Ashbahan 1/129 dari Anas)
2. Masuk berdua2an dgn wanita yg bukan mahram sebelum atau selepas semabahyang sunat hari raya.
Contohnya datang sembahyang sunat hari raya jln ngan awek... (Hadith Riwayat Bukhari 5232, Muslim 2172 dari 'Uqbah bin Amir)
3. Golongan wanita pula..jgn bersolek lebih2han sampai ke tahap tabarruj (menunjuk2)
Surah Al-Ahzab: ayat 33
4. Ziarah Kubur pada hari raya pertama. Ziarah kubur nih sepanjang tahun sepatutnya.
(Lihat perincian yang lain tentang bid'ah yang dilakukan di kuburan dalam kitab "Ahkamul Janaiz" 258-267 oleh Syeikh kami Al-Albani Rahimahullah)
5. Boros dalam membelanjakan harta yang tidak ada manfaatnya dan tidak ada kebaikan padanya .
Surah Al-An'am : 141, Surah Al-Isra : 26-27
6. Sembahyang sunat hari raya tak pernah miss..tapi sembahyang lima waktu berjamaah di masjid jarang sekali..lagi2 laa bila dah habis ramadhan
7. Menghidupkkan malam hari raya dgn solat sunat tasbih (tiada nas yg tsabit)
8. Budaya ang pow

Ambillah iktibar daripada peristiwa kejatuhan Baghdad di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah. Bagaimana pada tahun berkenaan, umat Islam telah berada di kemuncak kebudayaan cuai terhadap perintah Allah SWT sehinggakan terlupa menunaikan Solat Sunat Aidilfitri sebagaimana yang diterangkan oleh al-Imam Ibn Katheer Rahimahullah di dalam kitabnya al-Bidayah wa an-Nihayah! Dengan kecuaian mereka terhadap solat, dakwah amar makruf nahi munkar dan jihad, maka di saat itulah kebinasaan ditimpakan oleh Allah walaupun pada masa itu Baghdad adalah qiblat tamadun, budaya dan ilmu pengetahuan.

Oleh itu halusilah kegembiraan kita menyambut aidilfitri dengan tuntutan2 syariat Allah swt agar pisang tidak berbuah dua kali.Sesungguhnya pada kisah mereka itu ada pengajaran bagi mereka yang mahu berfikir. Salam ukhuwwah dan Selamat Menyambut Hariraya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Wa Lillahil Hamd!

Rujukan
Bid'ah Hariraya oleh ziyad di alahkam online
Berhari Raya Bersama Salafus Shalih Oleh Syaikh Ali bin Hasan bin Abdul Hamid Al Halabi Al Atsari
Kamus Dewan versi OnlineHukum Hakam Eid oleh abdul kadir di Ibn Qayyim
Aidilfitri meraikan Nilai Islammu itu oleh Ustaz Hasrizal Abdul JamilAl ahkam online

Saidannursi
29 Ramadhan 1426
10.30 am
_______________________________________________________________

Maka,

SEMOGA ALLAH MENERIMA AMALAN KITA SEMUA
HAPPY EID MUBARAK

Tuesday, October 25, 2005

KELANA CONVOY TRIP - DAY 1

Sorry yer, dah dekat sebulan baru nak tulis nih. I might take a few days to finish the whole trip summary.

Bertolak dari Newcastle by coach the night before. Reached London at about 6 a.m. From Victoria coach station, naik tube (takut jugak time tuh, first time naik lepas July 7) pegi Marble Arch station. Penat gile angkat beg yang berat tuh naik tangga, and the very the lega bile sampai jek kat tangga atas skali, nampak la Malaysians ramai2. And that was the moment I met Suraya who then happened to be my tentmate and a good friend all along the journey.

Ramai jugak yang join. 2 coaches full. Ingatkan satu je. 100++ orang, and mostly Malaysians la. The only exception were the bus drivers, Bob and Richard (heh, can still recall their names) and anak ngan cucu Bob, Maxi and Chelsea. Ade nampak ramai jugak senior KMYS, tapi sorila, ramainye tak ingat name, cam muka jek. Tak baik sangat ngan senior dulu =P.

Bus bertolak pegi Dover then naik ferry pegi France, pastuh sambung terus gi Holland. Berenti kejap kat Belgium singgah kat choc factory. Banyak gile coklat...if only that was the last day of the trip and I still have some Euro money left, I would have spent all of them on chocs. Dark chocolate =)



Image hosted by Photobucket.com


View along the journey




Image hosted by Photobucket.com


Belgium Chocolate



On the way, I took 2 ibuprofen- this is where the story begins. Heh, asalnye, dah nak spare paracetamol but apparently mase gi netto, abes la plak paracetamol. Tinggal ibuprofen je. Jadi dengan selambe nye beli aje la. Pastuh kebetulan I needed it mase dalam bas, so makan la 2 biji. Alhamdulillah, berkesan. But I got this hypersensitivity problem. Didn't know I AM actually allergic to ibuprofen. So later on, I started to fel numb around my right cheeks. You know, the one you've got when u go to dentist and have an injection in ur gum. Sort like that. My face felt swollen. And shortly after that, I got this swelling on my right eye together with shortness of breath (thought asthma would feel worse than this though). It felt like my nose was blocked. But I just assumed it was my rhinitis or what u call resdung or whatsoever illness I have always had with my nasal sinuses. Unfortunately it wasn't. People started to notice that another eye was swelling too. Not eye really. I mean the part surrounding the eye (should I name it? It is somewhere in palpebral part of orbicularis oris) - heh, trust me, I just learned that name.

So anyway. People started to gather around me. And luckily there was this akak yang buat PhD in pharmacy, at least she was able to calm me down. God it was so horrible. I had to use so lot of extra energy to open my eyes. And reaching the camp site in the dark with my swollen face everywhere (and I put on Farah's sunglass to cover my eyes coz trust me, u don't even dare looking at it, it was so terrible) was not a nice thing at all. And putting up tents and seeing things in dark with sunglass on. Arrghh...itula nikmat mata yang tuhan kasi. Bukan je dapat melihat, but indeed we manage to see the world without even realise how much energy we actually need to open the eyes. Alhamdulillah.

So there I was sleeping in the tent with Suraya and Syanu (my tentmates) and kept waking up and reflected myself in the mirror with the help of some light from my mobile. But it did not get any better....

[to be continued - 2nd day]

Monday, October 17, 2005

OWA TODAY

Leave of Absence
Sarah Gilbertson
To: Wan 'Afifah Wan Jaafar
Cc:
________________________________________________________________

I can confirm that your leave of absence from 13 - 16 December has been approved.

Regards

Mrs Sarah Gilbertson
Clerical Officer (Curriculum)
Faculty Undergraduate Office
Medical School University of Newcastle
Framlington Place
Newcastle upon Tyne
NE2 4HH

Tel: 0191 222 6758
Fax: 0192 222 6521
https://mbbs.ncl.ac.uk/

Alhamdulillah boleh balik dengan tenangnye =)

Wednesday, October 12, 2005

PUISI 2005


One option to plan the christmas holiday wisely =)
Jangan lupa.
And this is for both UK and Ireland I suppose.

Wednesday, October 05, 2005

GOOD START SO FAR

Just want to share my excitement here.

I was so worried about getting a new partner for my patient study. I hope to get somebody that I can at least work with, of course. Somebody who knows me not being able to understand Geordie accent. Me needing much more time to speak out what is in my mind in English.

I love doing family study with my partner last year, Oniye. And she looks comfortable with me and my friends too. In fact she joined our study group last year. And it was so funny when I was asking a question in BM that day, and she answered my question, which happened to be a correct one. No shock please. Not that she answered my question in BM too. It was either yes or no answer. She got it right - which means she understood my question. Apart from most of the terms being in English, I am quite sure the rest was in Malay. I didn't realise I was asking in Malay at that particular time though, but right after she answered my Q, the others were laughing and said "That's a right answer!" And I was like, so if it's correct, why should they be laughing?? Didn't realise it until they mention it to me. Blurry me. Don't think Oniye did either.

And yesterday was the day. We were warned that this time we won't be able to choose our own partner. And we will definitely not get the same one we've got last year. And tick tock...tick tock... my GP tutor gave us numbers to randomly select our new partner. And I was so relieved and pleased and grateful to get no 3 and the other person who got the same number was Lara. Thank god I got her. I know I am so comfy being with her too. She is one of them that not only I can work with, but love and happy to work with. We talked about my problem the other day when our group were having a social dinner together before easter last year. No, this year, but last term. (I wasn't even here in March last year;)) Oh yeah, and she has her own car although I am not sure if we'll just be using public transport, but that doesn't matter. As long as I get somebody I am happy to do work with, I don't mind walking.

When I was about to tell her how pleased I am to get her, she told me she was pleased to get me first. Heh, how could it be the other way round. I SHOULD BE THE ONE WHO WILL NEED MUCH MORE OF HER HELP I SUPPOSE. She is so nice and I can't wait to get started with the patient study. Oh. And I hope the patient attached to me will be a generous and kind one too. And understanding. That is the most important thing.

And my new GP tutor was so nice too. If only I like MiC stuff so much, I would be looking forward to meeting her in seminars too. But the fact is, MiC is not in my interest at all. I prefer learning the complicated neurones thingy and hold half part of the brain in my hand and recognise which one is the sulci, and ventricles, and all those overlapping arteries rather than MiC stuff. Or PPD.

I know there was this big smile on my face. I can't help smiling until I had my iftar at the mosque yesterday. God had helped me. I am so grateful. Alhamdulillah. I did enjoy my 1st day of Ramadhan after all.

Tuesday, October 04, 2005

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t.,

Alhamdulillah, dekat UK ni dah start puasa hari ni. Dah masuk bulan Ramadhan, again and it is my 2nd year fasting in the UK.

Just wanna wish all SELAMAT BERPUASA. Semoga Ramadhan kali ini dapat kita manfaatkan sepenuhnya, dan semoga amalan-amalan baik pada bulan ini berterusan. Semoga kita menyambut Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan sebaik2nya, bak kata Kak Eleena sambut Ramadhan sebagaimana kita sambut tetamu datang ke rumah. Sebagaimana tetamu yang datang itu membawa barakah, begitulah dengan Ramadhan al-mubarak.

Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:

1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi
2. Para malaikat selalu meminta keampunan untuk mereka hingga mereka
3. Setiap hari Allah menghias syurga Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'
4. Pada bulan ini diikatlah syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, kerana orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' "

- Riwayat Ahmad

Sabda Rasulullah s.a.w.; "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir."
- Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi

Dari Anas, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Bersahurlah. Sesungguhnya sahur itu berkat."
- Riwayat Al Bukhari & Muslim

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Apabila Ramadhan telah datang maka dibukakan pintu rahmat, dikunci Neraka Jahanam dan dibelenggu semua syaitan."
- Sahih Muslim

Dari Sahl b. Saad, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Orang yang segera berbuka puasanya sentiasa dalam kebaikan."
- Riwayat Bukhari & Muslim

Nabi s.a.w. bersabda maksudnya; "Makan sahur itu berkat, kerana itu jangan kamu tinggalkan walau seteguk air kerana Allah merahmati orang-orang yang sahur dan malaikat mendoakan orang yang sahur."
- Riwayat Ahmad

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA