Sejak balik Malaysia ni, bermacam-macam berita yang timbul. Bermula dengan isu minyak yang sememangnya dah kedengaran sejak sebelum balik ke Malaysia lagi, sehinggalah hari ini, isu tentang muzakarah UMNO dan PAS. Yang pasti, banyaknya tentang isu politik di Malaysia. Sejak pilihanraya umum ke 12 lagi, isu politik di Malaysia bagi saya tidak pernah senyap. Ada saja berita baru yang timbul. Bagi saya yang kadang-kadang baca, kadang-kadang tak baca sangat, bergantung kepada wujudnya fasiliti internet, suratkhabar di perpustakaan, dan lain-lain media massa di mana saya menetap buat sementara waktu ini, saya dapati isu-isu ini timbul sekejap sahaja dan kemudiannya tenggelam dengan isu yang baru pula. Mungkin disebabkan media massa selalu bertumpu kepada isu baru jadi isu itu sahaja yang menjadi tumpuan, saya tak tahulah.
Terbaru tentang isu muzakarah UMNO dan PAS. Kadang-kadang rasa jemu membaca berita sebab tak tahu kesahihannya. Yang sini kata lain, yang sana kata lain.
1. Utusan Malaysia: DAP selar PAS kerana berunding dengan UMNO atas nama perpaduan Melayu
2. Harakahdaily.net: Parti baru bertunjang Islam boleh satukan PAS, UMNO - Nik Aziz
Dengar tajuk memang macam mengiyakan satu sama lain, tapi bila baca macam ada yang berbeza. Persoalannya, samakah Melayu dengan Islam? Memang setahu saya orang Melayu di Malaysia semuanya (sepatutnya, by right) beragama Islam. Tapi betul ke? Bila isu murtad diheboh-hebohkan suatu masa dulu (sekarang pun pastinya masih wujud, cuma bukan di page pertama media massa), berapa ramai Melayu yang murtad? Jadi semua orang Melayu beragama Islamkah? Dan yang beragama Islam berapa kerat yang mahu Islam tu naik?
Islam dan bukan Islam, bagi saya seorang yang beragama Islam, memang tidak sama kerana di dalam al-Quran sendiri Allah telah challenge dan tanya bukan sahaja perbezaan orang Islam dengan orang bukan Islam, malah dibezakan orang yang beriman dan tidak beriman. Saya pasti bagi seseorang yang beragama kristian/lain-lain mereka yang betul-betul yakin bahawa agama mereka adalah benar, merasakan bahawa mereka adalah tinggi di sisi tuhan yang mereka percayai (yang mana bagi saya, Allah jugalah satu-satunya tuhan sekalian makhluk). Juga berdasarkan ilmu cetek saya, Islam ini adalah adil, maka layanan yang perlu diberikan adalah sama. Tidak kira bangsa, tidak kira agama.
Entahlah. Mungkin inilah sebabnya sekolah medikal di universiti saya agak menekankan tentang literature review. Kumpul segala maklumat yang ada, dan berfikir dengan kritikal dan waras. Juga perlu berteraskan wahyu, bukan setakat logik sahaja. KBKK yang digalakkan di sekolah-sekolah di Malaysia juga memang sangat perlu. Harap-harap dapat melahirkan kemahiran berfikir yang baik di kalangan generasi masa depan...insyaAllah.
p/s: rasa banyak nak cerita pasal buat elektif kat sini tapi lain kali pulak...

No comments:
Post a Comment